Seorang wanita British berusia dalam lingkungan 20-an telah ditangkap ketika sedang mengadakan hubungan terlarang dalam tandas kapal terbang yang dinaikinya, baru-baru ini.
Wanita itu ditangkap mengadakan hubugan kelamin dengan seorang penumpang lelaki yang baru dikenali dalam penerbangan Virgin Atlantic dari London ke Las Vegas itu.
Perbuatan pasangan tersebut disedari penumpang lain yang terdengar bunyi kuat datang dari arah tandas yang kemudiannya telah memaklumkan perkara itu kepada krew yang bertugas.
Selepas mendarat, penumpang lelaki dan wanita itu telah disoal siasat namun telah dilepaskan dengan syarat oleh pihak polis.
Kejadian ini berlaku selepas insiden seorang lelaki Australia mabuk cuba membuka pintu kokpit kerana menyangkakan itu adalah pintu tandas ketika dalam penerbangan dari Brisbane ke Bali, Indonesia.
0 Response to "Bunyi ‘Rengekan’ Nafsu Dalam Tandas Pesawat Virgin Atlantic !.."
Post a Comment