Jennifer Lopez disaman kerana gambar xxx



Orang ramai memang suka bab saman selebriti ini. Mungkin kerana percaya kalau menang kes tersebut di mahkamah, pasti sejuk hati memandang baki dalam akaun bank.

Kali ini selebriti pilihan untuk disaman adalah diva antarabangsa, Jennifer Lopez. Eh, kenapa tetiba nak saman Jennifer Lopez kali ini?

Seorang lelaki bernama Rodrigo Ruiz saman J.Lo untuk USD10,000 kerana beliau dakwa bahawa Jennifer membuatkan beliau hantar gambar bogel kepada Jennifer.

Menurut TMZ, Jennifer telah hantar beberapa surat kepada Rodrigo sehingga menyebabkan Rodrigo ini kecewa dan terpaksa pergi terapi.

Secara logic, buat apa Jennifer Lopez minta gambar bogel daripada lelaki asing? Teman lelaki beliau si Casper itu pun sudah cukup tampan kot.

Biarpun Rodrigo percaya surat-surat tersebut datangnya daripada Jennifer, rupanya TMZ dapati bahawa alamat menyurat itu dimiliki seorang wanita berusia 53 tahun yang tinggal di Los Angeles.

Wakil J.Lo juga memberitahu TMZ bahawa dakwaan berikut tidak berasas. Tulah, lain kali sebelum saman orang, pastikan ada bukti yang boleh dipercayai.

0 Response to "Jennifer Lopez disaman kerana gambar xxx"

Post a Comment