Penjelasan Lia Natalia Berkenaan Isu x pakai Baju




Ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapa, pelakon baru Lia Natalia, 22, takut untuk memberi komen apabila wataknya berkemban dalam drama Takhta 3 Ratu arahan Erma Fatima mendapat kecaman orang ramai.

Tambah pula sewaktu isu itu ditimbulkan, Lia yang memegang watak pembantu dayang Puteri Galoh Chandera masih menjalani penggambaran. Isu itu menjadi lebih hangat apabila Erma memberi kenyataan di laman sosial, jika watak puteri dari Majapahit dan orang-orangnya ‘berkemban itu akan membawanya ke neraka, dia reda’.

Erma menjelaskan, kata-kata itu dimuat naik ke laman sosial Instagram miliknya selepas ada pihak mempertikaikan watak wanita berkemban tanpa mendengar penjelasannya terlebih dulu. Perkara itu dibuat kerana cerita dihasil berdasarkan sejarah dan peristiwa sebenar berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah sekitar 1456.

Dia tidak pernah mempertikaikan hukum agama. Bagi Lia, dia sekadar melakukan tanggungjawab sebagai pelakon sesuai dengan watak dan cerita berdasarkan sejarah.

"Bayangkan jika watak Puteri Galoh Chandera dan dayang-dayang dipaparkan dengan memakai baju kurung, pastilah ia salah dari penampilan, sebagai pelakon saya tidak pernah menyalahkan Erma Fatima dalam isu tersebut" Lia turut kesal bila membaca komen dan kritikan peminat terhadap mereka dilaman sosial. Ia disifatkan melampau dan kebanyakan mereka menjatuhkan hukum tanpa mengetahui atau mendapatkan penjelasan lanjut pengarah itu.

"Kami bukan tidak berbaju langsung, tapi disebabkan berkemban kami dijatuhkan hukum. Saya benar-benar berharap perkara ini tidak lagi menjadi isu".

0 Response to "Penjelasan Lia Natalia Berkenaan Isu x pakai Baju"

Post a Comment