Penyokong Bola Maut Dibaling Mangkuk Tandas !..

Kalau dah fanatik sangat dengan bola.. beginilah jadinya... Di Recife – Seorang penyokong bola sepak terbunuh apabila dibaling mangkuk tandas ketika menyaksikan perlawanan bola sepak.


Penyokong Bola Maut Dibaling Mangkuk Tandas

Seorang anggota polis yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, insiden itu berlaku di antara penyokong kedua-dua pasukan selepas perlawanan antara Santa Cruz dan Parana berakhir di Stadium Arudda di sini, kelmarin (waktu tempatan).








Pergaduhan itu tercetus selepas beberapa penyokong fanatik bertindak menanggalkan tiga mangkuk tandas dan membalingnya ke arah penyokong lawan.


Satu daripada mangkuk tandas itu kemudian terkena kepala seorang penonton.

Mangsa yang dikenali sebagai Paulo Ricardo dilaporkan maut di tempat kejadian. – REUTERS








sumber

0 Response to "Penyokong Bola Maut Dibaling Mangkuk Tandas !.."

Post a Comment