Sering Berlaku Kemalangan, Simpang Tiga 'Tagih' Nyawa !..

PASIR GUDANG – Sikap segelintir pemandu yang gemar memecut laju di kawasan simpang tiga berdekatan Jalan Bawakali 48, Taman Johor Jaya, di sini, kerap menjadi punca berlakunya kemalangan di kawasan berkenaan.


Sering Berlaku Kemalangan, Simpang Tiga 'Tagih' Nyawa !..

Seorang penduduk, Mohamad Ismail berkata, Jalan Bakawali Utama menjadi tumpuan kenderaan pada waktu kemuncak ketika orang keluar ke tempat kerja dan pulang dari tempat kerja.

Menurutnya, meskipun sudah dibina garisan kuning kurang 10 meter dari simpang berkenaan, kenderaan tetap dipandu laju sehingga berlaku kemalangan apabila bertembung dengan kenderaan lain yang ingin keluar dari simpang Jalan Bakawali 48.

“Jalan ini memang sentiasa sibuk, tapi paling sibuk pada waktu pagi dan petang kerana orang keluar nak ke tempat kerja dan ke sekolah serta waktu orang balik dari tempat kerja sehingga tidak putus-putus dengan kenderaan.

“Keadaan kritikal dan terlalu kelam-kabut apabila ada kenderaan yang ingin keluar dan masuk ke Jalan Bakawali 48, sedangkan kenderaan dari Jalan Bakawali Utama dipandu terlalu laju oleh segelintir pemandu,” katanya semalam.



Mohamad berkata, penduduk juga terpaksa berdepan risiko kemalangan apabila ingin melintas ke deretan kedai berhampiran kerana keadaan laluan yang sentiasa sibuk.

Katanya, sudah ramai yang menjadi mangsa kemalangan akibat tidak berhati-hati termasuk pejalan kaki yang melintas ke seberang.







“Baru minggu lepas seorang pejalan kaki dilanggar sebuah kereta yang tidak nampak mangsa berdiri di garisan tengah jalan untuk melintas.

“Apa yang kita harapkan agar pihak bertanggungjawab dapat mencari jalan terbaik menangani masalah ini kerana kita tidak mahu lebih ramai lagi yang menjadi mangsa kemalangan di kawasan ini,” katanya.








sumber

0 Response to "Sering Berlaku Kemalangan, Simpang Tiga 'Tagih' Nyawa !.."

Post a Comment