Raja Bomoh Akan Bertanding Calon Bebas Dalam PRK Teluk Intan

Teluk Intan 17 Mei - Raja Bomoh yang popular dengan aksi meneropong dan buah kelapa dalam kes kehilangan pesawat MAS MH370, Datuk Ibrahim Mat Zin diberitakan akan bertanding sebagai calon bebas di pilihanraya kecil Teluk Intan yang akan berlangsung pada 31hb Mei nanti.




Ketika ditemubual bersama dengan SuaraTv, Ibrahim menyatakan bahawa ramai penduduk Teluk Intan telah datang bertemunya serta mendesak beliau bertanding di kawasan berkenaan.


Ibrahim juga mendedahkan yang sebahagian besar penduduk di Teluk Intan merupakan saudaranya serta mempunyai pertalian darah dengan diri beliau.


“Ramai yang datang jumpa dan minta Datuk bertanding sebagai calon bebas.

“Datuk adalah anak jati Teluk Intan, lahir dan dibesarkan di sini. ” katanya

Selain itu, Ibrahim juga membuat kenyataan bahawa semua ahli Persatuan Gayong Ghaib dan Persatuan Silat Selendang Merah juga bersedia menyokong dan menjadi jentera beliau untuk berkempen jika beliau bertanding nanti.

Bagaimanapun, Ibrahim belum pasti untuk menerima cadangan bagi menjadi calon bebas dan sedang memikirkan kemungkinan berbuat demikian.

Setakat ini, Dap dan BN telah menamakan calon mereka untuk merebut kerusi Parlimen berkenaan.


sumber

0 Response to "Raja Bomoh Akan Bertanding Calon Bebas Dalam PRK Teluk Intan"

Post a Comment