Tulang Fosil Spesies Dinosaur Terbesar Ditemui !..

BUENOS AIRES - Tulang fosil seekor dinosaur dipercayai sebagai haiwan terbesar pernah wujud di bumi ditemui di Argentina, kata ahli paleontologi.


Tulang Fosil Spesies Dinosaur Terbesar Ditemui !..

Berdasarkan tulang pahanya yang besar, ia mungkin berukuran 40 meter panjang dan 20 meter tinggi.

Dengan berat 77 tan, haiwan itu seberat 14 gajah Afrika dan tujuh tan lebih berat berbanding pemegang rekod spesies dinosaur sebelum ini, Argentinosaurus.

Saintis percaya haiwan ini ialah spesies terbaru titanosaur – herbivor yang hidup pada akhir zaman Cretaceous.

Seorang pekerja ladang warga tempatan pada mulanya tersandung pada bonggol tulang haiwan itu di padang pasir dekat La Flecha, kira-kira 250 kilometer di barat Trelew, Patagonia.

Fosil itu kemudian digali oleh sepasukan ahli paleontologi daripada Muzium Paleontologi Egidio Feruglio yang diketuai oleh Dr Jose Luis Carballido dan Dr Diego Pol.

Mereka menemui sebahagian rangka tujuh haiwan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 150 tulang, kesemuanya dalam keadaan yang mengagumkan.

Seorang kru filem daripada Unit Sejarah BBC turut berada di sana untuk merakam detik bersejarah itu.








“Berdasarkan saiz tulang itu yang melepasi ukuran sebarang haiwan gergasi sebelum ini, dinosaur yang baru ditemui itu ialah yang terbesar yang pernah hidup di bumi,” kata penyelidik kepada BBC News.

“Panjangnya dari kepala hingga ke hujung ekor ialah 40 meter.


“Ketika haiwan itu berdiri ia mungkin setinggi 20 meter iaitu sama dengan bangunan tujuh tingkat,” katanya.

Herbivor gergasi berkenaan tinggal di hutan Patagonia antara 95 hingga 100 juta tahun dahulu berdasarkan usia pembentukan batu-batan dan sisa tulang yang ditemui di situ, lapor BBC.


sumber

0 Response to "Tulang Fosil Spesies Dinosaur Terbesar Ditemui !.."

Post a Comment