Tarif Letrik Naik.. TNB Untung Ke..Rugi Ke.. Rakyat Tetap Jadi Mangsa !..

Rakyat mula gusar dengan pengumuman mendadak Najib Razak berkaitan kenaikan tarif elektrik untuk menanggung beban dan mengelak TNB kerugian dan demi mengekalkan masa depan 34,900 pekerjanya. Alasan apa yang cuba PM kita ini berikan demi untuk memaksa rakyat “membayar lebih” untuk tenaga yang kita gunakan seharian.







TNB Untung Ke..Rugi Ke.. Rakyat Tetap Jadi Mangsa !..
TNB Untung Ke..Rugi Ke.. Rakyat Tetap Jadi Mangsa !..
Pada Oktober 2013, akhbar telah melaporkan TNB telah mencatat keuntungan yang tinggi sehingga RM37.13 bilion.

Kini dikhabarkan pula TNB bakal menanggung kerugian sekiranya Tarif Elektrik tidak dinaikan pada pertengahan tahun 2014 ini. Mana satu yang BETUL..

Adakah Ini Punca Sebenar Tarif Elektrik Dinaikan?

Alasan tak munasabah. Kalau rugi macam MAS lepas tu nak naikkan tarif rakyat faham. Let me guess. Ada certain pembekal tenaga yang supply tenaga kat TNB. Pembekal ni charge tinggi supaya dapat untung tinggi, kalau tak pelabur mereka tak untung. Then TNB turunkan caj tinggi tadi kepada rakyat. Make sense.

Dengan itu, TNB kekal untung. Pembekal tenaga juga untung. Yang rugi? Rakyat yang undi pemimpin yang tak jaga kebajikan rakyat.

Jadi rakyat marhaen kena kerja keras lagi. Work like a dog kalau boleh. Kerja luar Malaysia nanti ada yang kata tak patriotik pulak.- AriffShah


JPJ Laksana Operasi Saman Cermin Gelap Mulai Jun 2014

Selari dengan berita ini, JPJ juga telah mengumumkan akan mengadakan operasi besar-besaran saman terhadap pemilik kenderaan yang mengenakan cermin gelap (tinted) melebihi 70% untuk cermin hadapan dan 50% untuk cermin tingkap.

Polis Tuntut Hutang Pesalah Trafik Mulai Jun 2014

Dalam hari yang sama satu lagi kenyataan akhbar telah dikeluarkan yang mana Polis akan menjejaki pesalah trafik dalam ‘Ops Warta’ mulai Jun ini ke arah menyelesaikan masalah tunggakan saman berjumlah RM570 juta sejak 10 tahun lepas.

Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, ia melibatkan 1.9 juta waran tangkap yang masih berbaki dalam tempoh itu.

Kemelut MAS Akan Diumum Muflis (bankrup)

Selepas berita 300 kru kabin MAS dikatakan meletak jawatan. Kini hari ini (17 Mei 2014) dikatakan pula MAS bakal muflis apabila MAS umum kerugian RM443 Juta pada suku tahun pertama berakhir 31 Mac 2014.


Kesatuan Pekerja Syarikat Penerbangan Malaysia (MASEU) menggesa peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Kesatuan tersebut turut menggesa untuk peletakan jawatan Pengarah Kejuruteraan MAS, Azhari Dahlan serta Pengarah Bahagian Sumber Manusia MAS, Zaharah Zaid supaya ‘meninggalkan MAS dengan secara terhormat’.

Mungkin sudah terlewat untuk menyelamatkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dalam keadaan prestasinya terkini, iaitu sebagai syarikat penerbangan negara yang sedang berusaha untuk terus bertahan lebih-lebih lagi selepas kehilangan pesawat MH370.

Itu adalah kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam temubual bersama The Wall Street Journal (WSJ) yang disiarkan semalam.

Menurut laporan dari The Malaysian Insider, Najib berkata situasi bankrap dilihat antara pilihan untuk menstrukturkan semula syarikat penerbangan negara itu selepas bertahun-tahun merekodkan kerugian.

Rumusan

Apakah sebenarnya yang sedang terjadi kepada Malaysia? Situasi yang membimbangkan apabila semua ini diumumkan serentak. Yang menanggung beban adalah rakyat biasa seperti saya dan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Itu belum lagi perlaksanaan GST pada 2015 nanti.. makin teruklah..

Ada desas desus berpendapat kerajaan sedang tenat dan sedang cuba mengumpulkan dana dari rakyat dalam usaha untuk “menyelamatkan” sesuatu.


sumber

0 Response to "Tarif Letrik Naik.. TNB Untung Ke..Rugi Ke.. Rakyat Tetap Jadi Mangsa !.."

Post a Comment