FAREEDA NAFI DAKWAAN TUNJUK 3 BULAN SLIP GAJI



Awal pagi semalam, seorang pengguna laman Facebook memuat naik status yang mendakwa Butik Fareeda Excklusive mengenakan syarat tunjukkan 3 bulan slip gaji sebelum masuk ke butik menjadi perbualan hangat di laman sosial. [RUJUK SINI]

Ramai yang meragui kenyataan panas beliau dan menganggap itu semua fitnah dan karut semata-mata. Bagaimanapun, sebuah portal berita tempatan telah menghubungi pihak Fareeda untuk mendapatkan penjelasan.

Berikut respon pihak Fareeda:

"Manalah ada kedai yang minta pelanggan tunjukkan slip gaji? Begitu juga Butik Fareeda Exclusive. Cuma tak dinafikan kami meminta pelanggan membuat temu janji terlebih dahulu sebelum datang.

Pelanggan diminta membuat temujanji kerana Butik Fareeda Exclusive hanya menerima empat pelanggan dalam masa satu jam bagi memudahkan pelanggan dibantu ketika memilih tudung.

Dari segi harga, tudung di Fareeda Exclusive mahal sedikit daripada butik biasa memandangkan ia menggunakan fabrik berbeza.

Jika harga tudung di butik Fareeda biasa sekitar RM150 ke atas, tudung di Fareeda Exclusive bermula RM200 ke atas memandangkan fabrik digunakan adalah sutera Itali berbanding material Fareeda biasa iaitu sifon."

Maka sudah jelas di sini, dakwaan yang tersebar sebelum ini adalah tidak benar. - My Media Hub (ehsan MyNewsHub)

0 Response to "FAREEDA NAFI DAKWAAN TUNJUK 3 BULAN SLIP GAJI"

Post a Comment