UPDATE: LOLANOPITA TIDAK MENGAKU BERSALAH ABAI & TINGGALKAN ANAK OKU



Seremban: Lolanopita Sadi, ibu remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah hari ini didakwa atas 2 pertuduhan mengabaikan serta meninggalkan anak tanpa pengawasan di Mahkamah Seksyen pagi tadi.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut.

Bagi pertuduhan pertama, Lola didakwa mengabaikan anak iaitu kesalahan mengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membolehkan dia dihukum denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan bersalah.

Pertuduhan kedua, meninggalkan anaknya tanpa pengawasan di bawah Seksyen 33(c) Akta Kanak-Kanak 2001 boleh dihukum denda sehingga RM5,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya jika disabit bersalah.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dan seorang penjamin. Sebutan semula kes 24 Julai depan. - My Media Hub

0 Response to "UPDATE: LOLANOPITA TIDAK MENGAKU BERSALAH ABAI & TINGGALKAN ANAK OKU"

Post a Comment