GAMBAR DIDIE ALIAS SELAMAT LAHIRKAN BAYI LELAKI




SHAH ALAM : Pelakon dan pelawak, Didie Alias selamat melahirkan bayi lelakinya pada pukul 3.35 pagi tadi di Pusat Pakar Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Wajah ceria pelakon era 80an bersama anaknya itu dikongsi bersama oleh laman rasmi HLive.

Ini merupakan anak pertama buat Didie, 41, dan suaminya, Norisham Ismail sejak mendirikan rumah tangga kali kedua pada 2009.

Pelakon yang terkenal dengan jolokan Lady Gaga Malaysia, sebelum ini telah dikurniakan lima orang anak hasil perkahwinan pertamanya dengan King [KL Gangster]. - AntaraPos

0 Response to "GAMBAR DIDIE ALIAS SELAMAT LAHIRKAN BAYI LELAKI"

Post a Comment