"Jaga Anak Kita Baik-Baik" - Pesan Akhir Koperal Ab Rajah Jamuan

"Jaga anak kita baik-baik," itu antara pesanan terakhir anggota polis Marin, Koperal Ab Rajah Jamuan, yang terbunuh dalam serangan hendap di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul malam tadi.


"Jaga Anak Kita Baik-Baik" - Pesan Akhir Koperal Ab Rajah Jamuan

Reda pemergian suami tercinta, isterinya, Salamah Amad 26, berkata Ab Rajah, 32, menitipkan pesanan itu ketika menghubunginya pada 10 malam tadi sambil mengatakan akan pulang ke rumah esok.

 

"Malam tadi juga saya terima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suami yang mengatakan akan pulang ke rumah esok.


"Jaga Anak Kita Baik-Baik" - Pesan Suami

"Pada 1 pagi, saya terima maklumat, suami diculik sebelum mengetahui keadaan sebenar yang suami telah gugur ketika bertempur dengan penceroboh," katanya kepada pemberita di kediamannya di Batu 2, Jalan Bubul di sini, hari ini.

Beliau berharap kumpulan penceroboh yang tidak bertanggungjawab itu akan mendapat hukuman yang setimpal daripada pihak berkuasa atas perbuatan jenayahnya itu.

"Saya kini hanya mampu mendoakan dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman," katanya dalam nada sendu.

#Seluruh rakyat Malaysia turut berduka dgn kehilangan arwah....semoga keluarga beliau tabah menghadapi ujianNYA dan semoga arwah ditempatkan dikalangan umat Islam yg beriman dan beramal soleh...Al Fatihah.

sumber
Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140713/je_12/Isteri-anggota-polis-terkorban-di-Semporna-reda-pemergian-suami

0 Response to ""Jaga Anak Kita Baik-Baik" - Pesan Akhir Koperal Ab Rajah Jamuan"

Post a Comment