Nelydia Menangis Bergaduh Dengan Qi Razali di Tempat Awam

Baru-baru ini ada peminat yang memberitahu GUA mereka terserempak dengan pasangan kekasih Nelydia Senrose dan Qi Razali sedang bergaduh di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.

Nelydia Menangis Bergaduh Dengan Qi Razali di Tempat Awam

Gelagat pasangan ini menarik perhatian orang sekeliling kerana Nelydia dilihat mengalirkan air mata. Dek kerana itu, timbul tanya tanya sama ada hubungan pasangan ini mempunyai masalah atau sebaliknya.

Mengulas mengenai perkara itu, Nelydia tidak menafikan dirinya bergaduh dengan Qi tetapi menyifatkan perkara itu adalah sesuatu yang normal dalam hubungan mereka.

“Saya tidak terkejut sama sekali isu ini timbul kerana ia perkara normal dan ianya berlaku sangat pantas. Pada saya, normal jika sepasang kekasih berselisih faham tetapi perselisihan faham itu bukan kerana hubungan kami ada masalah, sebaliknya kerana isu luar yang lain,” katanya memetik portal Gua.

Walaupun begitu, Nelydia mengakui hubungan mereka masih lagi berjalan seperti biasa dan baik seperti sebelum ini dan berharap peminat yang terlihat insiden pergaduhan mereka tidak salah faham di atas situasi tersebut.

Dah namanya public figure, pastinya segala tingkah laku dan kelakuan selebriti di luar waktu kerja tetap menjadi perhatian peminat mereka, jadi diharapkan Qi dan Nelydia tidak lagi bergaduh di khalayak ramai, pandai-pandailah jaga diri dan jaga hubungan kalian ya! –

sumber
http://www.gua.com.my/berita-artis/Nelydia_Senrose_Akui_Ada_Selisih_Faham_Dengan_Qi_Razali.html

0 Response to "Nelydia Menangis Bergaduh Dengan Qi Razali di Tempat Awam"

Post a Comment