Berhijab Tak Wajib & Rasulullah Tak Di Jamin Masuk Syurga? - Quraish Shihab

Quraish Shihab sering mengeluarkan agak kontroversi, sebelum ini Quraish Shihab pernah mengeluarkan pernyataan bahwa berhijab tidak wajib, terkini beliau mengeluarkan kenyataan Nabi Muhammad S.A.W tidakpernah mendapat jaminan surga. Akibat kenyataan beliau, Quraish Shibab menerima kecaman dari ribuan pengguna sosial.


Berhijab Tak Wajib & Rasulullah Tak Di Jamin Masuk Syurga - Quraish Shihab

Terdahulu, dalam satu program Tafsir Al-Misbah yang disiarkan Metro TV pada 12 Julai 2014, Quraish Shihab dengan tegas menyatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W tidak mendapat jaminan akan terus masuk syurga dari Allah S.W.T, kerana padanya syurga adalah hak Allah Ta’ala.

Salah seorang penonton video di laman youtoube,Sugiarto A. Santoso menyatakan,‘Bahaya ni bapak, saya ini orang awam dalam agama tapi kalau soal nabi bagi saya FINAL, orang sempurna utusan ALLAH dan dijamin surgaNya.”

Seorang lagi pengguna yang menggunakan nama Pin Dana memberikan komen dengan keras, “Smoga Allah melaknat orang2 yg mempermainkan agamanya seperti orang yg 1 ini,” tegasnya.

Video mengenai berhijab tidak wajib keatas kaum muslimah oleh Quraish Shihab.

Sementara itu di media sosial Facebook, kecaman demi kecaman terus ditujukan kepada Prof Quraish Shihab.

“Mungkin dia anggap dia yg paling pantes masuk surga…laknatullah,” ujar pengguna Facebook menggunakan nama Abu Zoelfa.

Seorang lagi, Ady Al Qarni berkata, “Mestinya kalau ada dakwah dengan materi sesat seperti ini… diberi warning oleh MUI, di cabut HAKnya untuk berdakwah sampai ia bertaubat… yang seprti ini kerusakannya lebih BERBAHAYA untuk orang banyak.. apalagi menyangkut AQIDAH,” tegasnya.

Kenyataan kontroversi Quraish Shihab ini dirakam oleh seseorang bernama Erwin Sattar yang telah dimuatnaik ke laman Youtube pada tarikh13 Julai 2014. Sehingga berita ini dibuat, video tersebut telah ditonton 7 ribu orang lebih.


Sedikit info tentang Prof Quraisy Shihab:


  • Muhammad Quraish Shihab berasal dari keluarga keturunan Arab Quraisy - Bugis . 

  • Ayahnya, Prof. Abdurrahman Shihab adalah seorang ulama dan guru besar dalam bidang tafsir Al Quran. M.Quraish Shihab juga dikenal sebagai penulis dan penceramah yang handal. Selain itu, beliau turut dikenali sebagai salah seorang pakar rujukan al-Qur'an di Indonesia, kemampuannya menerjemahkan dan meyampaikan pesan-pesan al-Qur'an dalam konteks terkini membuatnya lebih terkenal dan lebih unggul daripada pakar al-Qur'an lainnya. 

  • Beliau juga aktif menulis buku, sehingga kini sebanyak 51 buah buku agama telah dihasilkan. 

  • Dalam pada itu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) Pusat tahun 1984, pernah menegaskan Prof Quraish Shihab merupakan salah seorang pendukung sejati kelompok sesat Syi’ah di Indonesia. 


sumber
http://www.islamedia.co/2014/07/quraish-shihab-jilbab-tidak-wajib-dan.html

Related Posts :

0 Response to "Berhijab Tak Wajib & Rasulullah Tak Di Jamin Masuk Syurga? - Quraish Shihab"

Post a Comment