Korea Utara Tipu Rakyat, Umum Masuk Final Piala Dunia

Satu video yang dimuat naik secara dalam talian mendakwa bahawa media Korea Utara memberitahu para peminat bola sepak negara itu bahawa skuad kebangsaannya berjaya memasuki perlawanan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil.


Korea Utara Tipu Rakyat, Umum Masuk Final Piala Dunia

Umum mengetahui bahawa pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengawal penyebaran maklumat kepada rakyatnya, dengan saluran televisyen di negara itu hanya menyiarkan laporan-laporan yang positif mengenai negara berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi satu laporan tidak benar yang disiarkan di YouTube, media negara itu dilihat memaklumkan bahawa Korea Utara sedang mendahului bagi merebut gelaran juara dalam Piala Dunia, sedangkan ia sebenarnya tidak layak untuk memasuki temasya sukan tersebut.

Laporan itu menyatakan bahawa Korea Utara dengan beraninya mengungguli perlawanan bersama Jepun dengan 7-0, Amerika Syarikat (4-0) dan China (2-0) menerusi perlawanan dalam kumpulan sebelum layak ke peringkat akhir bagi menentang Portugal.

Bagaimanapun, kita semua maklum perlawanan akhir Piala Dunia yang berlangsung tempoh harin adalah antara Jerman dan Argentina.

Turut dimasukkan dalam liputan itu adalah beberapa sorotan penting daripada beberapa perlawanan, yang menunjukkan pasukan negara itu menjaringkan gol dan bersorak kemenangan, meskipun kesemua klip video itu kelihatan sudah terlalu lama.


#Wakakaka....lagi kesian gila tgk rakyat kat sana....buta2 kena tipu dgn pemerintah komunis....err kat sini ader gak yg sokong komunis ker?





sumber
http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2014/07/13/media-korea-utara/

Related Posts :

0 Response to "Korea Utara Tipu Rakyat, Umum Masuk Final Piala Dunia"

Post a Comment