Bukti Aktiviti Curang Sham Kamikaze Ditangan Pihak Polis


Masih panas isu tentang perkahwinan kedua Sham Kamikaze bersama Nurul Halimin telah didapati tidak sah oleh mahkamah dan dibubarkan serta merta secara faraq pada 27 Jun yang lalu.



Bukti Aktiviti Curang Sham Kamikaze Ditangan Pihak Polis, info, terkini, gossip sham kamikaze, kontroversi, hiburan



Sham juga dilihat masih dihimpit ‘perdebatan’ dengan bekas isterinya, Farazila yang masih tidak dapat menemui jalan penyelesaian. Tidak disangka, Farazila membuat laporan akhbar bahawa pada Ogos 2012 dia telah menjumpai 5 buah cakera keras yang mengandungi bukti kecurangan Sham dan kini bukti tersebut berada dalam simpanan pihak polis.

 





“Sham melafazkan talak kepada saya pada jam 7 malam, 1 September 2011 bersamaan 3 Syawal. Puncanya berkaitan dengan sikap mata kerajangnya. Bukan saja dikaitkan dengan Nurul Halimin, tetapi dia juga bersama wanita lain yang berhijrah ketika itu.”

“Bagaimanapun Sham datang merujuk secara perbuatan di rumah keluarga saya di Batu Pahat, Johor selepas 15 hari melafazkan cerai.”

“Saya terpaksa akur dan duduk kembali bersamanya di kediaman di USJ, Subang, sehinggalah saya ingin memfailkan penceraian pada Ogos 2012 apabila menjumpai bukti cakera keras yang merakamkan kecurangan bekas suami itu. Lima cakera keras itu kini berada di simpanan pihak polis.”


Farazila juga berani mempersoalkan adakah Sham layak untuk bergelar seorang penceramah dan juga status perkahwinan Sham dengan Nurul Halimin.

“Apakah hukumnya apabila seorang suami menafikan perkahwinannya? Bukankah sudah jatuh talak apabila menafikan perkahwinan secara terang-terangan? Adakah dengan kenyataan ini orang di luar masih mengatakan saya membuat tohmahan dan dakwaan liar.”

“Kenapa sekarang Sham berani memutar belit kenyataan mengatakan dia berkahwin kali kedua dan bukannya berkahwin dua, sedangkan ketika berkahwin, saya masih isterinya!!”

“Di sini saya berharap orang luar dapat membuat pertimbangan sendiri. Layakkah manusia sebegini diangkat sebagai pendakwah sedangkan beliau suka berbohong?”






“Saya pelik sebagai seorang penceramah yang sibuk membetulkan kesalahan orang sana sini, tidakkah Sham tahu rukun pernikahan sehingga melantik orang yang tidak bertauliah.”

Hmmm, sampai begini sekali pendedahannya. Apa agaknya respon Sham tentang hal ini? Bulan-bulan ini dibangkitkan balik perkara begini. Sudahlah banyak kes penceraian, yang bercerai pun masih bergaduh. Harap-harapnya masing-masing boleh selesaikan dengan elok.



Sumber : myartis.my

0 Response to "Bukti Aktiviti Curang Sham Kamikaze Ditangan Pihak Polis"

Post a Comment