Kota Bharu : Dua beranak
maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta lain dalam
satu kemalangan di Jalan Tok Kenali, Kubang Kerian, di sini, kira-kira 10.45
malam tadi.
Dalam kejadian itu, Noor
Aziemah Mat Ruki, 28, dan ibunya Azizah Deraman, 49, maut di tempat kejadian
berikutan parah di kepala dan badan akibat pertembungan antara kereta Perodua
Viva dinaiki mereka dengan sebuah kereta Honda City.
Pemandu
Honda City bersama isteri dan anak lelakinya yang dalam perjalanan dari rumah
mereka di Pasir Tumboh ke bandar, turut mengalami kecederaan tetapi tidak
serius.
Mayat dua beranak terbabit dihantar ke Hospital
Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat manakala tiga mangsa yang
terselamat turut mendapatkan rawatan di hospital sama.
Ketua Operasi Balai Bomba
dan Penyelamat Kota Bharu Anuar Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan
kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.48 malam.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami dapati dua mangsa
terbabit tersepit dalam kereta yang remuk teruk pada bahagian
depan.
"Kami terpaksa
mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa,"
katanya
0 Response to "Tragedi Dua Beranak Maut Lewat Malam"
Post a Comment