Mowaffak al-Rubaie duduk di
pejabatnya dengan patung Saddam Hussein dibelakang, tali yang digunakan untuk
menggantungnya melilit leher patung itu.
Bekas penasihat keselamatan
kebangsaan Iraq itu yang menyaksikan bekas diktator berkenaan dihukum gantung
pada 2006, berkata, Saddam tabah hingga detik akhir kehidupannya dan tidak
pernah kesal.
“Penjenayah? Benar. Pembunuh?
Benar. Kejam? Benar. Tetapi dia tabah hingga ke akhir hayat,” kata
Mowaffak.
“Saya menyambutnya di pintu.
Tiada siapa masuk ke situ. Tiada warga asing dan tiada pegawai Amerika,”
katanya. kepada media di pejabatnya di Kadhimiyah, utara Baghdad berdekatan
penjara tempat hukuman itu dijalankan tujuh tahun lalu.
“Ketika saya membawanya masuk,
tangannya yang bergari memegang al-Quran.
“Saddam yang memakai jaket dan
kemeja putih kelihatan tenang dan bersahaja.
“Ada yang berkata dia pengsan.
Ada yang kata dia diberi dadah. Tetapi sebenarnya
tidak.
“Tiada tanda takut pada
wajahnya. Tiada tanda kesal. Tiada doa mohon keampunan.
“Orang yang akan mati biasanya
akan berkata, Tuhan, ampunkan dosaku. Tetapi Saddam tidak berkata demikian,”
katanya.
“Saya membawanya ke kamar
hakim dan senarai tuduhan dibacakan kepadanya. Saddam berkata: ‘Pergi mati
dengan Amerika! Pergi mati dengan Israel! Hidup
Palestin!”
Mowaffak kemudian membawa
Saddam ke dalam bilik tempat hukuman dijalankan.
“Dia berhenti seketika,
melihat bilik itu sebelum memandang saya.
Apabila tiba waktu hukuman,
kakinya masih digari. Mowaffak dan beberapa kakitangan lain menariknya menaiki
tangga.
Katanya, dia menarik tuil
menggantung Saddam, tetapi tak berfungsi! Kemudian seorang lagi kakitangan
menariknya untuk kali kedua dan barulah Saddam jatuh ke bawah pelantar dan
mati.
Sebelum digantung, Saddam
sempat mengucap syahadah.
“Aku naik saksi tiada Tuhan
selain Allah dan Muhammad…,” tetapi dia tidak sempat
menghabiskannya.
“Dia melakukan begitu banyak
jenayah dan dia patut digantung beribu kali,” kata
Mowaffak
Menurutnya, hukuman ke atas
Saddam dilakukan selepas sidang video antara Nuri al-Maliki dengan Presiden AS
ketika itu, George Bush, yang bertanya Perdana Menteri Iraq itu: “Apa yang akan
kamu lakukan dengan penjenayah itu.
Nuri menjawab: “Kami akan
gantung dia.”
Bush menunjukkan tanda bagus,
tanda bersetuju.
Saddam yang memerintah Iraq
melebihi dua dekad yang menyaksikan penindasan kejam, perang dan sekatan
antarabangsa dijatuhi hukuman gantung selepas didapati bersalah terhadap
pembunuhan 148 penduduk Syiah di Dujail pada 1982. – AFP
0 Response to "Cerita Aneh & Detik Akhir Saddam Hussein Di Tali Gantung"
Post a Comment