Lelaki Kacak Dalam MRT Singapura Dah Ada Kekasih


Jika anda masih ingat, sebelum ini Mynewshub.my ada menyiarkan kisah seorang wanita Filipina yang menyatakan rasa cinta pandang pertamanya terhadap seorang jejaka kacak yang ditemuinya ketika menaiki pengangkutan awam MRT di Singapura, baru-baru ini.
Rupa-rupanya lelaki tersebut sudah berpunya. Pasti kecewa dan hancur remuk hati Harlene Azuela apabila mengetahui berita ini.
Ini kerana menurut seseorang yang mengenali jejaka tersebut mendedahkan bahawa jejaka itu sudah pun mempunyai teman wanita yang berasal dari Singapura.
Harlene sebelum ini memuat naik video pengakuan cintanya yang diakui dibuat berdasarkan inspirasi filem Filipina She’s The One, yang mana jalan ceritanya si hero memuat naik video demi mencari gadis idamannya yang dijumpai ketika dalam hujan.
Menerusi filem itu, pasangan hero dan heroin berjaya disatukan namun dalam realitinya Harlene terpaksa menerima hakikat bahawa jejaka yang digilainya itu sudah pun berpunya.
Tak mengapalah Harlene, mungkin lepas ni kalau jumpa mana-mana lelaki yang berkenan, jangan serik buat video, mana tahu yang lepas-lepas ini sangkut pula kan. Tak gitu?

0 Response to "Lelaki Kacak Dalam MRT Singapura Dah Ada Kekasih"

Post a Comment