Jika sebelum ini Kaka Azraff dan Johan As’ari pernah tampil memberikan kenyataan gaji mereka disekat gara-gara masalah dalaman melibatkan pemilik WireFame iaitu Zizan Razak dan rakan kongsinya, Marina Juki namun kini nampaknya hal itu sudah pun diselesaikan secara baik.
Menurut Kaka, seperti yang dipetik menerusi sebuah akhbar harian tempatan, “tiada masalah bayaran. WireFame masih membayar gaji saya seperti biasa”.
Kaka yang juga merupakan anak saudara kepada ratu rock Ella ini juga menyatakan dia akan terus kekal setia dengan syarikat pengurusan tersebut kerana merasakan dirinya tidak akan menjadi siapa-siapa dalam bidang hiburan sekiranya tanpa bantuan orang kuat WireFame.
“Saya masih mengharapkan WireFame menguruskan kerjaya nyanyian saya. Saya tiada niat langsung untuk ke syarikat lain. Apa yang terjadi antara Zizan dan Marina adalah masalah dalaman. Ia tidak melibatkan pihak lain.
“Selama tiga tahun bersama dengan WireFame, saya nampak perjalanan kerjaya nyanyian saya berkembang. Tanpa mereka berdua (Zizan dan Marina), saya tidak akan berada pada tahap sekarang. Zizan juga berjaya selepas diuruskan oleh Marina,” katanya lagi.
Baguslah kalau dah tak disekat gaji mereka, kerana tak baik aniaya orang lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan nan mulia ini.
Selepas ini diharapkan pula hubungan keruh di antara Zizan dan Marina juga dah pulih, kerana tanpa kedua-duanya mungkin WireFame tidak akan berjaya sehingga ke tahap sekarang. - MYNEWSHUB.MY
Oleh: AUDREY LEE
0 Response to "Gaji Tak Disekat, Kaka Tetap Setia Dengan WireFame"
Post a Comment