Penyanyi yang tidak lekang dengan kontroversi, Miley Cyrus dilaporkan menjalin hubungan cinta dengan penerbit albumnya, Mike Will Made-It sejak sembilan bulan lalu.
Berita tersebut didedahkan oleh beberapa sumber kepada Us Weekly.
"Semua yang rapat dengannya tahu mereka bersama selama ini," ujar satu sumber.
"Semua yang rapat dengannya tahu mereka bersama selama ini," ujar satu sumber.
Cyrus, 21, dikatakan mula rapat dengan Mike, 25, selepas berpisah dengan tunangnya, LIam Hemsworth pada September 2013.
Hubungan cinta Miley Cyrus dan Mike Will Made-It dikatakan mendapat restu ibu penyanyi itu.
Malah hubungan mereka dikatakan serius dan mendapat restu ibu Cyrus, Tish, yang menganggap penerbit itu sebahagian daripada keluarga mereka.
Walaupun sibuk dengan siri jelajah "Bangerz", Cyrus memastikan mereka sentiasa berhubung.
Pasangan ini turut dilihat mesra ketika Anugerah BET pada 28 Jun lalu. Malah sebelum ini, Cyrus dikhabarkan mencium leher Mike ketika parti albumnya pada Oktober 2013.
Sumber : tupai.com.my
0 Response to "Miley Cyrus bercinta dengan penerbit secara rahsia"
Post a Comment