Isteri benarkan Ajak bercinta

Peluang membawa watak serius dalam sebuah telemovie sempena Aidilfitri, pelawak dan pelakon Ajak Shiro nyata tidak menyangka dapat menjiwai karekter itu walhal dirinya lebih terkenal dengan sikap lawaknya.



Isteri benarkan Ajak bercinta, pelawak ajak shiro berlakon, hiburan, terkini, info




Telemovie yang berjudul Sayang Wak Lu arahan Michael Ng, tidak dinafikan pada mulanya agak sukar bagi dirinya untuk menghayati watak seorang yang serius di set penggambaran.

 




Bertemu dengan Ajak di Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-3 Indopek baru-baru ini, dia sempat berkongsi cerita tentang pengalamannya dalam melakonkan watak yang jauh berbeza dengan sifat dirinya yang sebenar.

?"Susah sebenarnya hendak bawa watak serius. Tapi saya jadikan ia satu cabaran buat diri saya. Pengarah Michael Ng pun banyak memberi tunjuk ajar kepada saya."

?"Tak dinafikan saya puas hati dapat lakonkan watak ini kerana saya tidak mahu hanya berada di zon selesa yang orang kenali sebagai pelawak semata-mata sahaja," katanya.

Bercerita lanjut tentang telemovie ini, Ajak yang bergandingan dengan Sherry Ibrahim melakonkan watak sebagai pasangan kekasih tetapi hubungan cintanya putus di tengah jalan. Namun takdir menemukan mereka apabila hubungan yang terputus di tengah jalan kembali bertaut.

Ada beberapa adegan romantis yang memerlukan Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak berlakon bersama-sama dengan Sherry.

Tambah Ajak lagi, dia sudah pun meminta kebenaran daripada isterinya yang dikenali sebagai Fifa sebelum melakukan watak tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

?"Ada adegan saya perlu pegang pipi Sherry dan sapu air mata di pipi dia. Tapi sebelum lakukan babak itu saya sudah meminta kebenaran isteri saya dan dia pun faham."

"?Isteri saya sebenarnya tidak kisah jika saya melakonkan watak romantis cuma dia pesan minta saya beritahu dia dahulu jika ada babak-babak mesra. Dia tidak mahu orang lain pula yang sampaikan kepadanya."

"?Sekurang-kurangnya dia dapat tahu dari mulut saya sendiri bukannya orang lain," katanya lagi.

Sungguhpun begitu, anak kelahiran Kota Tinggi, Johor ini mahu orang mengenalinya sebagai seorang pelawak dan mahu menumpukan kepada dunia lawak pentas. Walau bagaimanapun, jika dia ditawarkan untuk berlakon dalam sesebuah drama dia tetap akan menerimanya dan menganggap itu sebagai satu sumber sampingan buat dirinya.

"?Sesekali diberi peluang bawa watak serius memang menguji dan beri kepuasan pada saya. Barulah dapat rasa cabaran dalam lakonan."






"?Namun tumpuan saya masih kepada lawak pentas. Lagipun saya akui peminat-peminat saya ramai dalam kalangan kanak-kanak. Jika ada tawaran berlakon saya akan terima kerana bidang lakonan merupakan pilihan ketiga saya," ujarnya.

Sumber : utusan.com.my

0 Response to "Isteri benarkan Ajak bercinta"

Post a Comment