Malang Berganda Buat Satu Keluarga, Selepas MH370 Kini MH17

Satu keluarga di Queensland yang kehilangan anak lelaki dan menantu dalam tragedi Penerbangan MH370 pada Mac lepas, hari ini meratapi kehilangan dua lagi anggota keluarga yang disahkan menaiki Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine.

Malang Berganda Buat Satu Keluarga, Selepas MH370 Kini MH17

Irene dan George Burrows dari Biloela, kira-kira tujuh jam perjalanan ke utara Brisbane, kehilangan anak, Rodney dan menantu, Mary, apabila Penerbangan MH370 yang dinaiki mereka untuk ke Beijing, hilang pada 8 Mac lalu.

Hari ini, cucu tiri perempuan mereka Maree dan suaminya Albert Rizk, dilapor antara 27 rakyat Australia yang menaiki Penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia semalam.

Rodney dan Mary
Rizk, seorang ejen hartanah dan isterinya yang tinggal di Sunbury, Melbourne dilapor dalam perjalanan pulang ke Australia selepas bercuti selama sebulan di Eropah. - BERNAMA

sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KeluargaharungitragedibergandanahasMH370_MH17/Article/index_html
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2697237/A-woman-lost-brother-disappearance-flight-MH370-mourns-death-stepdaughter-MH17-plane-shot-down.html

0 Response to "Malang Berganda Buat Satu Keluarga, Selepas MH370 Kini MH17"

Post a Comment