Seramai 149 anggota yang
terdiri daripada pelbagai agensi keselamatan termasuk wakil media dan pasukan
perubatan akan berlepas ke Ukraine bagi menyertai misi bantuan kecemasan nahas
pesawat MH17, kira-kira jam 8 malam ini (18.7).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata antara agensi yang terbabit dalam misi ini adalah Majlis Keselalamatan Negara, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kimia dan Wisma Putra.
"Seramai tujuh wakil media turut dibawa bagi membuat liputan di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, sebentar tadi.
Dalam pada itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin menerusi panggilan telefon kepada atuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan akan menggunakan pengaruhnya untuk membantu pasukan penyiasatan melaksanakan tugas mereka setelah Perdana Menteri meminta jaminan keselamatan para petugas semasa disana.
sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NahasMH17_149anggotapelbagaiagensikeselamatanberlepaskeUkraine/Article/index_html

0 Response to "MH17~149 Anggota Agensi Berlepas Ke Ukraine"
Post a Comment