Di Maria Pecah Rekod Perpindahan Liga Perdana Inggeris

MANCHESTER – Manchester United selesai pemburuan pemain antarabangsa Argentina Angel Di Maria apabila menandatangani pembelian dari Real Madrid yang sekali gus mencatat rekod perpindahan tertinggi Britain iaitu 59.7 juta pound (AS$99 juta).


Di Maria New Record

Berusia 26 tahun, Di Maria akan bersama Old Trafford selama lima tahun kontrak.

Ia sekali gus menyaksikan United berbelanja besar untuk jendela perpindahan musim panas ini dengan membelanjakan kira-kira 130 juta pound (AS$215 juta).

Di Maria, salah seorang yang mengemudi Real Madrid musim lalu dengan mendakap Liga Juara-Juara Eropah untuk kali ke-10, menolak tawaran untuk menyambung kontrak barunya dengan Real.

Yuran perpindahan Di Maria memecahkan rekod Britain sebelum ini iaitu 50 juta pound (AS$81 juta) pada 2011 apabila Fernando Torres menyertai Chelsea dari Liverpool.

“Manchester United gembira untuk mengumumkan bahawa Angel di Maria sudah memuktamadkan perpindahannya untuk satu rekod British 59.7 juta paound. Angel menyertai kita untuk kontrak lima tahun,” kata kelab Liga Perdana Inggeris itu dalam satu kenyataan.

Pengurus United, Louis van Gaal berkata: “Angel adalah pemain tengah berkelas dunia namun apa yang penting ialah dia dalam pasukan kami.”

Di Maria pula berkata, kehadirannya ke Old Trafford itu banyak dipengaruhi oleh Van Gaal yang mempunyai visi jauh bagi kelab gergasi England itu.

Malah, beliau tidak kisah meskipun United tidak beraksi di Eropah selepas pasukan itu hanya meraih tempat ketujuh dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu.

“Saya amat teruja sekali apabila menyertai Manchester United,” kata Di Maria.–AP/AFP

0 Response to "Di Maria Pecah Rekod Perpindahan Liga Perdana Inggeris"

Post a Comment