Dua Pencuri Bodoh Di China

 


LI dengan wang yang dicurinya.



Jiaxing (China): Mereka boleh diiktiraf sebagai pencuri paling bodoh selepas memuatnaikkan gambar mereka bersama-sama wang berjumlah 120,000 yuan (RM62,000) yang mereka curi dari sebuah kereta di Jiaxing, bandar di wilayah Zhejiang.


Kedua-dua pencuri itu, Li, 22 dari Hubei dan Wang, 23, dari Juangsu, bercita-cita menjadi kaya dalam sekelip mata.


Mereka bersama-sama memecah masuk sebuah kereta diletakkan di luar pusat beli-belah di Jiaxing dan nasib mereka baik apabila menemui wang tunai 120,000 yuan di dalamnya.

Kedua-dua sahabat itu kemudian ke sebuah hotel. Sementara Li baring di atas katil bersama-sama duit itu, Wang merakam gambarnya.


Li memuat naik gambar berkenaan ke Internet dengan kapsyen : “Peroleh wang ini dalam masa singkat.”


Polis mengesan sumber gambar itu dan menahan mereka atas tuduhan mencuri. – Agensi

0 Response to "Dua Pencuri Bodoh Di China"

Post a Comment