EH, apa kes pasangan ini sampai nak berjalan separuh bogel di tengah-tengah bandar ni?
Gambar yang dikongsikan menerusi Facebook Wikipedia Rakyat ini dikatakan dirakam di Ipoh, Perak.
Tidak dapat dipastikan sama ada ia dilakukan untuk tujuan suka-suka atau mempunyai tujuan tertentu.
Apapun, ia tidak manis untuk dilakukan di khalayak ramai terutamanya di negara ini.
Kalau nak buat sekalipun, pilihlah tempat yang lebih tertutup.
Nanti tak pasal-pasal ada yang langgar tiang lampu gara-gara terlalu leka ‘cuci mata’
Hasil carian kami di laman sosial telah menemukan jawapan kepada tujuan pasangan ini ‘bersiar-siar’ dalam keadaan separuh bogel.
Rupa-rupanya, mereka sedang menjalani penggambaran untuk perkahwinan.
Apapun alasannya, kami tetap kurang bersetuju dengan lokasi yang dipilih bagi menjayakan sesi bergambar tersebut yang boleh disifatkan kurang sopan untuk dipertontonkan kepada umum. – Mynewshub
0 Response to "Kecoh Pasangan Separuh Bogel Di Bandar Ipoh"
Post a Comment