Soalan: Adakah urusan seperti dalam gambar adalah patuh Syariah? Dalam gambar tersebut, Syarikat menyewa gold Bar daripada pelanggan dan membayar sewa bulanan secara tetap.
Jawapan: Syarat Akad Sewaan, atau al-Ijarah, barangan yang disewakan itu perlulah boleh dimanfaatkan oleh penyewa dengan manfaat yang diiktiraf oleh kebiasaan masyarakat dan tidak bercanggah dengan Syariah, serta tidak menjejaskan fizikalnya. Menyewa Gold Bar, tidak membawa apa-apa manfaat yang diiktiraf oleh Syariah, tanpa mengekalkan fizikalnya.
Menurut Ibn Qudamah dalam kitab al-Mughni;
"Sewaan ialah jualan manfaat,"
oleh itu, emas bukanlah aset yang boleh dimanfaatkan dengan mengekalkan fizikal asalnya, justeru tidak boleh dijadikan aset sewaan. Dan pada hakikatnya, sewaan emas adalah pinjaman yang berasaskan RIBA. Hukum Sewa emas adalah sama dengan sewa duit kerana emas jongkong adalah barangan ribawi dan harta mithli seperti wang.
Bagaimana pun, adalah HARUS untuk menyewakan emas dan perak dalam bentuk barang kemas, yang ditempa dan diukir, untuk tujuan dimanfaatkan sebagai perhiasan wanita. Contohnya untuk sewa rantai leher kepada jiran, selama tiga minggu. Ini kerana barang kemas sudah bertukar daripada barangan mithli kepada barangan qimi dan harus menyewakannya.
Fatwa ini disahkan oleh Lajnah Daimah Saudi.
Sumber Asal : Muamalat.My
0 Response to "PERHATIAN! Pada Sesiapa Yang Bermain EMAS atau Hendak Bermain Emas Dengan Cara Program Yang Menjanjikan Wang Bulanan"
Post a Comment