LONDON: Selepas sah menjadi milik Manchester United, Angel Di Maria mendedahkan faktor yang terdorong dia berpindah ke Old Trafford adalah kerana visi Louis van Gaal untuk kelab gergasi Inggeris itu.
Dia juga tidak kisah mengenai status Red Devils yang tidak dapat beraksi dalam Liga Juara-Juara, musim ini selepas menghuni tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris.
“Saya amat teruja menyertai Manchester United,” kata Di Maria.
“Saya sudah menikmati sepanjang masa saya di Sepanyol dan ada banyak kelab berminat mendapatkan khidmat saya tapi hanya United satu kelab yang akan saya pergi untuk tinggalkan Real Madrid.
“Louis van Gaal adalah pengurus menakjubkan dengan rekod kejayaan yang sudah pun terbukti. Saya tertarik dengan visi dan kesungguhan setiap orang untuk membantu kelab ini kembali semula ke atas.”
Di Maria turut berkata dia tidak sabar lagi untuk turun beraksi.
Semalam, United mengumumkan secara rasmi rekod perpindahan Britain untuk mendapatkan Di yang bernilai STG59.7 juta (RM298.5 juta).
Kehadiran pemain berusia 26 tahun itu untuk kontrak lima tahun memecahkan rekod lama apabila Chelsea membayar RM250 juta untuk mendapatkan penyerang Sepanyol, Fernando Torres dari Liverpool pada 2011.
“United gembira untuk mengumumkan bahawa Angel di Maria sudah melengkapkan perpindahan. Angel ditawarkan kontrak lima tahun,” menurut kenyataan kelab berkenaan.
Pengurus United, van Gaal berkata: “Angel adalah pemain tengah kelas dunia tapi apa yang lebih penting dia ada pemain untuk pasukan.
“Kemahiran miliknya adalah menghiburkan untuk tontontan dan anggota tambahan yang cemerlang untuk pasukan.” – Agensi
INFO ANGEL DI MARIA
Nama sebenar: Angel Fabian Di Maria Hernandez
Tarikh lahir: 14 Februari 1988
Usia: 26 tahun
Asal: Rosario, Argentina
Tinggi: 1.80 meter
Posisi: Sayap/ tengah
Kelab: Manchester United
No jersi: 7
Kelab terdahulu
2005-2007 (Rosario Central)
2007-2010 (Benfica)
2010-2014 (Real Madrid)
2014-Manchester United
Skuad Argentina: sejak 2008
0 Response to "Pilih Man United kerana visi dan rekod Van Gaal – Di Maria"
Post a Comment