[8 Gambar] Kerosakan Akibat Hujan Ribut Taufan Landa Shah Alam 29 September 2014


Hujan bersertakan ribut kuat melanda beberapa kawasan di bandar raya Shah Alam dalam kejadian yang berlaku bermula jam 3:00 petang Isnin 29 September 2014 telah mengakibatkan kerosakan harta benda di sekitar kawasan kejadian.

Antara kawasan dilaporkan mengalami kerosakan serius akibat daripada ribut yang melanda hampir 15 minit itu adalah Bukit Jelutong dan Taman TTDI Jaya.

Gambar Hujan Ribut Taufan Landa Shah Alam 29 September 2014 Isnin

Rata-rata kerosakan terjadi kepada kenderaan yang diletakkan berhampiran pokok selepas pokok tumbang disebabkan ribut kuat tersebut lalu menghempap kenderaan yang berada berdekatannya.

Selain itu, Kejadian ribut tersebut turut merosakan beberapa struktur bangunan.

Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan melibatkan orang awam dalam kejadian ini dilaporkan.

Sementara itu, pengguna laman sosial turut berkongsikan foto di tempat kejadian bagi memaklumkan kerosakan yang dialami akibat daripada ribut kuat yang melanda di kawasan kejadian.







sumber : mysumber.com

0 Response to "[8 Gambar] Kerosakan Akibat Hujan Ribut Taufan Landa Shah Alam 29 September 2014"

Post a Comment