Tarikh Sebenar Puasa Sunat Hari Wukuf 2014 Di Malaysia


Puasa sunat pada Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf masih menjadi persoalan terhadap sesetengah umat Islam di Malaysia.

Antara persoalan yang bermain di minda mereka mungkin disebabkan perbezaan tarikh antara negara Arab Saudi dan Malaysia pada hari 9 Zulhijjah 1435 hijrah.

Ini berikutan 9 Zulhijjah di Arab Saudi (Mekah) jatuh pada 3 Oktober 2014 (Jumaat) manakala menurut takwim Islam di Malaysia 9 Zulhijjah bersamaan 4 Oktober 2014 (Sabtu).

Antara persoalan tersebut adalah, sama ada hari Jumaat atau hari Sabtu untuk berpuasa sunat Hari Arafah (Wukuf) khususnya di Malaysia.

Setelah penulis merujuk kepada kandungan sesi jawab agama berkaitan perkara ini, pihak yang arif tentang agama menjelaskan jika individu itu masih berasa was-was boleh berpuasa sunat Arafah mengikut takwim di Arab Saudi dan Malaysia jadi 2 hari berpuasa sunat.

Tarikh Sebenar Puasa Sunat Hari Wukuf 2014 Di Malaysia 9 Zulhijjah

Bagaimanapun, jelas mereka berdasarkan ijtihad mazhab Syafie, bagi rakyat Malaysia berpuasa sunat Arafah adalah sewajarnya pada hari Sabtu kerana pada hari tersebut ia merupakan hari arafah di negara kita.

Video Puasa Hari Arafah (Wukuf) Ikut Malaysia atau Mekah?

Bagi mendapatkan pencerahan dan keterangan lanjut adalah sewajarnya menonton video ceramah yang penulis sertakan dibawah.



sumber : mysumber.com

0 Response to "Tarikh Sebenar Puasa Sunat Hari Wukuf 2014 Di Malaysia"

Post a Comment