Gambar & Video Kebakaran Kampung Tanjung Batu Laut Tawau 2014


Penduduk di perkampungan setinggan di Jalan Kampung Tanjung Batu Laut Tawau Sabah, hanya mampu melihat kebakaran besar  yang memusnahkan kediaman mereka.

Kebakaran yang memusnahkan kira-kira 100 buah rumah setinggan itu dipercayai berlaku sekitar jam 6.15 petang Isnin 8 September 2014.



Menurut laporan, sebanyak 44 orang anggota dan pegawai bersama sembilan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Kunak dan Semporna dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

Laporan awal menyatakan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kebakaran itu, bagaimanapun punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.

0 Response to "Gambar & Video Kebakaran Kampung Tanjung Batu Laut Tawau 2014"

Post a Comment