Rasmi Laporan Awal MH17 Sah Ditembak


Laporan awal berhubung nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang disiarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) pada 9 September 2014 menunjukkan bahawa pesawat itu berkecai di udara akibat kerosakan struktur selepas terkena objek bertenaga tinggi yang menembusi pesawat daripada luar.





Laporan yang disiarkan melalui laman web http://www.safetyboard.nl yang dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda itu menyatakan bahawa tiada petunjuk bahawa nahas MH17 yang mengorbankan kesemua 298 orang dalam pesawat, disebabkan kesilapan teknikal.

Berpandukan laporan awal itu, ia dilihat mengukuhkan lagi dakwaan sebelum ini yang menyatakan MH17 terhempas akibat terkena tembakan peluru berpandu.

Hasil siasatan itu juga mendapati pesawat MH17 disahkan berkecai di ruang udara berdasarkan penemuan serpihan yang berselerak di wilayah Donetsk.

Bagaimanapun dalam laporan itu, tidak menyebut jenis senjata yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17 yang merupakan jawapan penting bagi merungkai pihak mana yang bertanggungjawab ke atas tragedi tersebut.

Untuk keterangan lanjut berkaitan laporan awal siasatan keatas nahas penerbangan MH17, klik judul pautan Preliminary Report Crash Involving Malaysia Airlines Boeing 777-200 Flight MH17 .



0 Response to "Rasmi Laporan Awal MH17 Sah Ditembak"

Post a Comment