Impian Chong Wei Musnah Lagi Kepada Lin Dan

chong wei kalah

Impian besar Datuk Lee Chong Wei untuk layak ke perlawanan akhir dan seterusnya merangkul pingat emas Sukan Asia berakhir sebentar tadi.

Sekali lagi jaguh negara ini gagal melepasi badi Lin Dan walaupun perlawanan berlangsung sengit hingga ke rubber set. Chong wei tewas kepada Lin Dan pada saingan penting separuh akhir 20-22, 21-12, 9-21.

Sepatutnya Chong wei memenangi set pertama selepas mendahului Lin Dan 20-16 dengan 4 mata kemenangan. Lin Dan berjaya menyerap tekanan dan memenangi perlawanan 22-20. Di set kedua, Chong wei bermain baik dan memenangi perlawanan 21-12. Tetapi kehebatan Lin Dan tidak dapat disangkal lagi apabila terus mendahului Chong wei dari awal hingga akhir set ketiga dengan keputusan 21-9.

Kita tak boleh mengharapkan lagi sandaran kepada Chong wei atas faktor umur dan sudah tiba masanya Malaysia perlu melahirkan pemain berkualiti setanding sekarang.

0 Response to "Impian Chong Wei Musnah Lagi Kepada Lin Dan"

Post a Comment