Peraturan Cermin Gelap JPJ Baru Bermula 1 November 2014

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan peraturan baharu berkaitan penggunaan cermin gelap bermula 1 November 2014 ini.

peraturan cermin gelap jpj 

Tarikh Kuatkuasa 


1 November 2014

Peraturan baharu ini menyaksikan ketelusan cahaya yang dibenarkan adalah seperti berikut :-

1) Untuk sisi penumpang belakang dan bahagian belakang dketelusan cahaya diturunkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus.

2) Ketelusan cahaya yang dibenarkan bagi cermin hadapan adalah kekal 70 peratus

3) Ketelusan cahaya pada sisi pemandu cermin hadapan kekal pada kadar 50 peratus.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pemindaan peraturan itu adalah mengikut standard antarabangsa.

Pengecualian Peraturan

Katanya, peraturan baharu itu tertakluk kepada semua rakyat Malaysia dengan pengecualian diberikan kepada beberapa pihak atau disebabkan atas alasan kukuh. Pengecualian diberikan kepada :-

1) Yang di-Pertuan Agong, 

2) Perdana Menteri dan Timbalannya, 

3) Ketua Menteri, Menteri Besar, Ketua Hakim dan Menteri.

4) Begitu juga dengan jabatan berisiko tinggi seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia yang melakukan operasi berbahaya

Kadar Kompaun

Pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan baharu itu boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

0 Response to "Peraturan Cermin Gelap JPJ Baru Bermula 1 November 2014"

Post a Comment