iOS 8 Sedia Dimuat Turun Bagi Pengguna iPhone & iPad


Khas untuk pengguna peranti Apple, Sepertimana yang dijanjikan, hari ini mereka secara rasminya telah memperkenalkan iOS8 kepada para pengguna peranti mereka, sekaligus membolehkan pengguna peranti iOS menikmati beberapa fungsi baru yang hadir padanya.

Walaupun ia tidak mempunyai pembaharuan drastik dari segi visual, ia mempunyai pelbagai penambahan dari segi aplikasi dan fungsi.


iOS8 dilihat membawakan sokongan Continuity untuk membolehkan pengguna melihat dan mengawal peranti menggunakan MacOSX, sokongan Family Sharing, iCloud Drive, dan beberapa perkara baru yang lain.

iOS8 ini ditawarkan kepada pengguna iPhone 4S, iPhone 5, iPhone 5C, iPhone 5S, semua iPad kecuali iPad generasi pertama, iPod Touch gen-5, dan AppleTV generasi ketiga.



0 Response to "iOS 8 Sedia Dimuat Turun Bagi Pengguna iPhone & iPad"

Post a Comment