Marin Tumpas Sindiket Cuba Seleweng Diesel Subsidi


BUKIT MERTAJAM – Polis Marin Pulau Pinang menumpaskan cubaan menyeleweng diesel bersubsidi selepas menahan sebuah lori di sebuah stesen minyak di Bukit Minyak di sini semalam.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Mohd Yusof Abdullah, berkata dalam Ops Landai itu, pasukannya memeriksa seorang pemandu yang sedang mengepam minyak di stesen berkenaan pada 6.30 petang.

“Semasa memeriksa lori itu, ditemui sebuah tangki yang telah diubah suai yang boleh mengisi sehingga 5,000 liter diesel.

“Lelaki itu ialah anggota sindiket yang aktif di negeri ini sejak beberapa bulan lepas. Ketika ditahan dia telah mengisi diesel sebanyak 3,500 liter bernilai RM9,100 ke dalam tangki,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata sindiket itu membeli diesel di beberapa stesen di sekitar Bukit Minyak dan mengumpulnya di setor sebelum menjualnya kepada industri.

Mohd Yusuf berkata pemandu lori itu telah diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pulau Pinang bersama kenderaan dan diesel yang dirampas. 



Sumber: BERNAMA

0 Response to "Marin Tumpas Sindiket Cuba Seleweng Diesel Subsidi"

Post a Comment