Ada beberapa kes yang telah dirujuk tentang kegagalan beberapa orang pelajar yang mendapat keputusan yang agak baik dengan mendapat 5A dan 7A tetapi gagal mendapat tempat di IPTA – di dalam program yang dipohon.
Untuk itu, satu analisa telah dibuat secara terperinci ke atas 2 daripada beberapa calon yang dirujuk sebagaimana berikut.
Keputusan SPM yang diperoleh 2 calon (contoh kes sebenar)
Andaian untuk pelajar C (aliran sains)
– Digunakan sebagai benchmark
– Mendapat gred A dalam 5 mata pelajaran utama dan gred B & C dalam matapelajaran lain
Pelaksanaan Dasar Meritokrasi Pengambilan Pelajar ke IPTA
Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan kepada prinsip meritokrasi yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah ko-kurikulum untuk menentukan merit setiap pemohon. Untuk sesi 2012/2013 tiga(3) buah politeknik Premier juga akan mengguna pakai dasar yang sama. Berdasarkan kepada contoh-contoh di atas berikut adalah bagaimana pencapaian pelajar dinilai berdasarkan kepada kaedah meritokrasi yang diamalkan
Pengiraan merit
Sebagai Perbandingan dan Panduan
- Walaupun calon A dan calon C sama-sama mendapat 5A tetapi calon C mendapat jumlah mata merit yang lebih tinggi dari calon A dengan perbezaan markah merit yang sangat besar sebanyak 31.50 markah
- Begitu juga calon B yang mendapat 7A tetapi di dalam pengiraan meritnya beliau hanya mendapat 71.99 berbanding dengan calon C yang hanya mendapat 5A tetapi jumlah mata meritnya adalah 80.50 dengan perbezaan sebanyak 8.51 markah
- Walaupun calon B mendapat markah merit yang agak tinggi, namun beliau tidak berjaya mendapat tempat di IPT kerana mendapat gred D dalam mata pelajaran matematik – yang merupakan syarat khas program untuk kemasukan ke semua program pra-universiti(asasi/matrikulasi) dan menjadi syarat pada hampir kesemua program diploma di IPTA dan juga Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.
- Jika ada tie atau persamaan markah – bilangan gred A+ akan di ambil kira
- Jika masih ada tie atau persamaan markah markah akademik dan ko-kurikulum akan diambil kira
- Jika masih ada tie atau persamaan markah lagi, jumlah gred A (A+, A dan A-) akan diambil kira
- Kedudukan ini akan menentukan peluang untuk pelajar yang memohon untuk mendapat tempat
Andaian Salah oleh pelajar
Di dalam kes yang dirujuk ini calon mengakui beberapa perkara berikut
- Calon A bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke UIAM untuk mengikuti pengajian Asasi Undang-undang dan bercita-cita untuk meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang dan syariah (double degree). Beliau membuat andaian bahawa untuk menjadi seorang peguam mata pelajaran Bahasa, Sejarah, Pendidiakn Al-Quran & As-Sunnah; Pendidikan Syariah Islamiah sangat penting untuk menjadi seorang peguam atau pengamal undang-undang sivil dan juga perundangan Islam – secara logiknya.
- Beliau juga tidak memberikan perhatian kepada mata pelajaran sains dan juga matematik yang sebenarnya lebih penting sebagai mata pelajaran utama dalam pengiraan merit untuk calon dari aliran sains.
- Keadaan yang hampir sama juga dengan calon B, tetapi yang agak malang sedikit adalah beliau hanya mendapat gred D dalam mata pelajaran Matematics – yang merupakan antara syarat yang kemasukan yang ‘standard’ di dalam hampir semua program pengajian di IPTA
- Pelajar MESTI memastikan mendapat gred yang terbaik untuk 5 mata pelajaran utamabagi setiap aliran pengajian sebagaimana berikut
- Aliran Sains – Matematik; Matematik Tambahan, Fizik & Kimia dan Biologi atau 1 subjek lain
- Aliran Sastera – Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan 1 subjek lain
- Memastikan mendapat gred yang baik dalam 3 lagi mata pelajaran lain – yang sebaiknya mata pelajaran yang berkaitan dengap program pengajian yang ingin dipohon
- Jangan mudah rasa gembira dengan hanya melihat bilangan gred A yang diperolehi; Tetapi hendaklah melihat gred yang diperolehi untuk mata pelajaran tertentu (5 mata pelajaran utama mengikut aliran dan 3 mata pelajaran lain serta syarat khas program) yang akan menjamin peluang untuk mendapat tempat di IPTA terpilih dalam program pengajian yang diinginkan – berdasarkan kepada dasar meritokrasi.
0 Response to "Kenapa Pelajar SPM Yang Cemerlang Gagal Memasuki IPTA"
Post a Comment