Permohonan Kemasukan MRSM 2015 Tingkatan 1 Semenanjung Malaysia, Sarawak Dan Sabah.
Berita baik untuk pelajar tahun enam (6) yang telah menduduki peperiksaan UPSR tahun 2014 ini dan mendapat keputusan yang cemerlang, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke MRSM 2015 ke Tingkatan Satu (1) secara online apabila keputusan UPSR 2014 diumumkan secara rasmi oleh KPM.
Panduan Permohonan
Pemohonan kata laluan secara percuma boleh di buat di Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA yang berdekatan dengan tempat tinggal anda pada waktu pejabat beroperasi bermula daripada tarikh keputusan UPSR 2014 diumumkan.
Salinan surat beranak dan salinan keputusan UPSR perlu dibawa untuk pengesahan semasa mendapatkan kata laluan
Grafik Iklan Permohonan Dan Syarat Kelayakan
Permohonan secara Online
Setelah mendapat kata laluan, langkah seterusnya pemohon perlu melayari applikasi permohonan dalam talian, untuk mengisi maklumat penting permohonan
Applikasi permohonan online - KLIK LINK 1
Nota: Aplikasi permohonan online hanya akan dibuka pada tarikh yang akan diumumkan kelak oleh pihak MARA
Tarikh Tutup Permohonan
Akan Dikemaskini Kelak
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.
Maklumat Tambahan
Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup tidak akan diproses.
Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.
Rayuan
Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM). Jika gagal ketika UKKM, pemohon tidak dibenarkan merayu (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat).
Begitulah seterusnya proses permohonan rayuan sehingga semua tempat pelajar MRSM telah dipenuhi (sebelum 30 April 2015).
0 Response to "Permohonan Kemasukan MRSM 2015 Tingkatan 1"
Post a Comment