Tumbang Lembu Jika 15 Murid Dapat 5A Dalam UPSR

5A Dalam UPSR

Besut: Hadiah lembu untuk dibuat kenduri menanti mana-mana sekolah di Hulu Besut yang lebih 15 muridnya mencatat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad, berkata hadiah itu sebagai insentif kepada pihak sekolah bagi melahirkan murid yang bersungguh-sungguh dalam menduduki UPSR bermula, hari ini. 

"Mana-mana sekolah yang mampu mencapai lebih 15 orang memperoleh keputusan 5A boleh mendapatkan hadiah tersebut daripada saya sebaik sahaja keputusan dikeluarkan sebelum cuti akhir tahun nanti," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada murid tahun enam dan guru Sekolah Kebangsaan Alor Keladi dalam satu perhimpunan sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan.

Sejumlah 3,171 calon daripada 55 sekolah di daerah Besut menduduki UPSR kali ini. - Bernama



sumber

0 Response to "Tumbang Lembu Jika 15 Murid Dapat 5A Dalam UPSR"

Post a Comment