![pbnj jdt terengganu piala malaysia suku akhir larkin pbnj jdt terengganu piala malaysia suku akhir larkin](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnOqdXV56qlvsDgyVuNxJBeE-Wc-3fvTmUP-xc1iJSsmqkA2OeSREKziKsrNKk5NggNVGpyT67a52UAyTlgzFrAPUQxtYnfv6jIsJU6eA_FULBbrNCb4nQn4hA447AMy4hERPuR5RUctM/s1600/pbnj+jdt+terengganu+piala+malaysia+suku+akhir+larkin.jpg)
PBNJ nafi tangguh perlawanan suku akhir sebab tiada Harris
JOHOR BAHRU: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menafikan bahawa penangguhan perlawanan Piala Malaysia suku akhir kedua antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu disebabkan ketiadaan pemain tengahnya kelahiran Singapura, Harris Harun.
Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata penangguhan perlawanan itu Sabtu ini tidak kena-mengena dengan Hariss yang dipanggil untuk mewakili republik itu dalam perlawanan persahabatan, Jumaat ini.
Sebaliknya, Tunku Mahkota Johor itu memberitahu pada sidang media di sini, hari ini bahawa penangguhan itu disebabkan beberapa perkara termasuk persiapan JDT dan usaha menaik taraf padang di Stadium Larkin.
Perlawanan berkenaan ditunda kepada 17 Oktober ini.
Pada suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Jumaat lalu, kedua-dua pasukan terikat 0-0.
Sementara itu, Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (PETEH) dalam satu kenyataan hari ini melahirkan rasa tidak puas hati terhadap penangguhan perlawanan itu.
via : sukanstartv
0 Response to "Harris bukan penyebab PBNJ tangguh perlawanan suku akhir"
Post a Comment