KUALA LUMPUR: Tanpa dapat menahan lagi perasaan marah, sekumpulan penyokong bola sepak Selangor menyerbu masuk padang latihan, semalam dan menuntut penjelasan daripada pemain negeri di atas persembahan mereka yang amat mengecewakan.
Perdebatan menjadi panas apabila seorang penyokong beremosi dan meninggikan suara tapi tanpa niat mahu mencederakan sesiapa, cuma kerana mereka sayangkan pasukan Selangor.
"Kami datang ke stadium bukan nak tengok kau orang...bukan kau, bukan nak tengok kau Rangel (not you Rangel) .... tapi nak tengok Selangor.
"Esok ada game bawah 12 tahun...kami akan pergi kerana nak tengok Selangor," katanya yang mengetuai kumpulan penyokong Merah Kuning masuk ke Padang SUK di Shah Alam, semalam.
Kemarahan memuncak penyokong ada kaitan dengan kekalahan 0-4 Selangor kepada FELDA United FC dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu.
Apa pun, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam sesi itu, cuma penyokong meluahkan perasaan dan meminta penjelasan sebenar apa yang berlaku dalam pasukan.
Dalam kepanasan itu, pemain Selangor, termasuk kapten pasukan Bunyamin Umar turut bersuara meluahkan pandangan mereka dan ia didengar penyokong tanpa banyak bantahan, cuma mereka nampak lebih 'mendominasi perdebatan' itu.
Selangor pasti tertekan untuk mengubah nasib mereka apabila menentang FELDA United dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Temerloh, esok.
via : sukanstartv
0 Response to "Penyokong tegar Selangor marah pemain kerana sayangkan pasukan"
Post a Comment