Penempatan Guru Baru Lepasan Universiti Dan IPG Ikut Kekosongan

IPG

Semua penempatan guru baharu lepasan universiti mahupun Institut Pendidikan Guru (IPG) dibuat mengikut kekosongan opsyen yang terdapat di negeri-negeri, kata Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Menurut beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak boleh sesuka hati menghantar guru-guru baharu ke negeri-negeri tertentu yang tidak menepati opsyen hingga boleh menyebabkan bilangan guru opsyen yang berlainan terpaksa mengajar subjek yang bukan menjadi opsyen mereka.

"Sekiranya terdapat kekosongan opsyen yang diperlukan oleh sesebuah negeri, maka guru yang mempunyai opsyen akan dihantar bagi memenuhi keperluan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Jamuan Raya Aidiladha Parlimen Besut yang dihadiri kira-kira 3,000 tetamu di sini hari ini.

Justeru Idris meminta guru yang masih belum menerima tawaran supaya bersabar kerana KPM sedang meneliti kekosongan itu - BH online

0 Response to "Penempatan Guru Baru Lepasan Universiti Dan IPG Ikut Kekosongan"

Post a Comment