Adab Dan Hukum Akad Nikah Di Masjid




Akad Nikah Di Masjid





Adab Dan Hukum Akad Nikah Di Masjid



Tarikh Keputusan: 
 23 Feb, 2014


Keputusan: 




Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke-20 telah bersidang pada 23 Februari 2012 sebulat suara menerima sighah penjelasan hukum seperti berikut:-
 


  1. Jumhur ulama’ sepakat bahawa upacara akad nikah adalah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid.
     

  2. Para ulama’ mazhab dan sebahagian ulama’ semasa  telah memberikan garis panduan bahawa akad nikah tersebut mestilah tidak boleh bercampur dengan aktiviti yang bercanggah dengan agama. Keharusan hukum asal tersebut boleh bertukar menjadi haram jika bercampur di dalam majlis akad nikah tersebut dengan perkara-perkara haram.
     

  3. Dalil khusus yang telah melarang upacara akad nikah dilangsungkan di masjid kerana mempunyai elemen tasyabbuh dengan agama bukan Islam adalah tidak disentuh oleh para ulama’ mazhab dan ulama’ semasa.


Adab-adab ketika di masjid:


  1. Berpakaian menutup aurat dengan sempurna.

  2. Disunatkan iktikaf di masjid.

  3. Menghormati jemaah lain yang sedang beribadah di masjid.

  4. Disunatkan dengan solat Tahiyatul Masjid.

  5. Tidak bercampur dan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan.

  6. Pengantin perempuan yang haid boleh juga hadir ke masjid pada hari akad nikah tetapi dinasihati agar tidak masuk ke dalam dewan solat masjid.

  7. Barang-barang hantaran diserahkan selepas akad nikah di rumah pengantin perempuan.

  8. Hanya mas kahwin sahaja yang dibawa ke masjid. Majlis penyerahan mas kahwin suami kepada isteri boleh dilakukan di masjid, tetapi upacara menyarungkan cincin hendaklah dilakukan di rumah pengantin perempuan.

Dilarang bergambar bergaya secara melampau di dalam masjid.



Keterangan/Hujah: 





  1. Hadith yang bermaksud: “Telah berkata kepada kamu oleh Sufyani, aku telah mendengar Abi Hazim berkata; aku telah mendengar Sahl bin Said Al-Saidiy telah berkata: Sesungguhnya aku di kalangan kaum bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba bangkit berdiri seorang perempuan seraya berkata, wahai Rasulullah sesungguhnya perempuan ini telah menghebahkan dirinya kepadamu, apa tindakbalas kamu kepadanya; Rasulullah tidak memberikan sebarang tindakbalas, lalu bangun lagi perempuan tadi lalu berkata; wahai Rasulullah; sesungguhnya perempuan ini telah menghebahkan dirinya kepadamu, apa tindakbalas kamu kepadanya, Rasulullah tidak memberikan sebarang tindakbalas, kemudian perempuan itu bangun untuk kali ketiga lalu berkata; perempuan ini telah menghebahkan dirinya kepadamu, apa tindakbalas kamu kepadanya, Rasulullah tidak memberikan sebarang tindakbalas. Justeru bangun seorang lelaki lalu berkata; wahai Rasulullah, kahwinkan aku dengannya. Rasulullah bersabda; “Adakah kamu memiliki sesuatu (untuk dijadikan mahar)?”. Berkata (lelaki tersebut), “tidak”. Rasulullah bersabda: “Pergilah (balik ke rumahmu) dan carikan sesuatu walaupun sebentuk cincin daripada besi”. Lalu lelaki itu beredar pergi dan mencari sesuatu yang dia miliki, kemudian dia datang kembali lalu berkata: aku tidak dapati sesuatupun walaupun sebentuk cincin daripada besi. Rasulullah bersabda: “Adakah kamu memiliki sesuatu daripada Al-Quran”. Lelaki itu berkata; bersamaku surah sekian, dan surah sekian. Rasulullah bersabda: “Pergilah kamu (dapatkannya) sesungguhnya aku kahwinkan kamu dengan wanita tersebut dengan apa yang kamu miliki daripada Al-Quran”.

(Hadith Riwayat Al-Bukhari)


  1. Mengikut pendapat Al-Isma’ili seperti yang disebutkan oleh Imam Sufyan Al-Thauri, kisah ini berlaku dalam sebuah masjid.


  1. Hadith yang telah dibawa oleh Ahmad bin Mani’ yang telah menyebut bahawa baginda Rasulullah SAW telah melangsungkan  upacara akad nikah seorang perempuan di dalam masjid sepertimana maksud sabda baginda SAW: “Hebahkanlah akan pernikahan ini, dan lakukanlah ia di masjid, dan palulah (raikannya) dengan memukul duf (rebana)”.

(Hadith Riwayat At-Tarmizi)


  1. Imam At-Tarmizi telah memberikan penilaian terhadap hadith tersebut sebagai hasan gharib kerana seorang perawinya iaitu Isa bin Maimun Al-Ansari dianggap sebagai dhaif. Walau bagaimanapun, beliau telah meriwayatkan daripada Ibn Abi Najih adalah seorang yang thiqah. Walau bagaimanapun, majoriti ulama’ telah menerima hadith ini sebagai alasan pandangan hukum melaksanakan akad nikah di dalam masjid.

  2. Jumhur ulama’ termasuk Mazhab As-Syafi’e telah menyatakan hukum melangsungkan akad nikah dalam masjid adalah harus dan dibenarkan oleh syariat.







Status Penwartaan: 
 Tidak Diwartakan

Negeri/Group: 


sumber

0 Response to "Adab Dan Hukum Akad Nikah Di Masjid"

Post a Comment