Gaji MB Selangor Kena Potong Bermula 1 Januari 2015

Gaji MB Selangor

Gaji Azmin dikurangkan. Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Isnin, 1 Disember 2014 meluluskan cadangan pemotongan gaji bagi jawatan Menteri Besar, anggota exco, speaker dan timbalan speaker berkuat kuasa 1 Januari 2015 tahun depan.

Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2014 memperuntukkan gaji menteri besar dikurangkan daripada RM29,500 kepada RM25,000.

INFORMASI PENGURANGAN GAJI MB DAN SPEAKER SELANGOR

1) Gaji anggota exco dari RM20,250 kepada RM15,000; 

2) Gaji speaker daripada RM22,500 kepada RM15,000;

3) Gaji timbalan speaker daripada RM15,750 kepada RM10,000.  

"Kerajaan negeri menjangkakan penjimatan sebanyak RM1.029 juta setahun menerusi pindaan gaji ini berbanding tahun 2014," 

Pemotongan gaji bagi empat jawatan dibuat berdasarkan peratusan kenaikan gaji sebelum ini yang dikatakan agak tidak munasabah khususnya bagi jawatan speaker dan timbalan speaker.

0 Response to "Gaji MB Selangor Kena Potong Bermula 1 Januari 2015"

Post a Comment