Kemalangan melibatkan treler, lori dan bas


Kemalangan melibatkan treler, lori dan bas




Seremban : Tiga maut manakala dua parah dan lapan cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu bas ekspres, treler dan lori di Kilometer 264 Lebuhraya PLUS arah utara, berhampiran Plaza Tol Seremban, petang tadi.



Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, lori dari arah utara ke selatan dikatakan hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan menyebabkan treler membawa muatan kayu dan bas gagal mengelak lalu bertembung.



Jurucakap bomba berkata, sejurus menerima panggilan pada 3.04 petang, tiga jentera dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 serta Nilai segera ke lokasi.


Kemalangan melibatkan treler, lori dan bas


Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan dua lelaki iaitu pemandu bas dan lori serta seorang wanita yang juga penumpang bas maut di tempat kejadian manakala 10 lain cedera.


Kemalangan melibatkan treler, lori dan bas



Kemalangan melibatkan treler, lori dan bas



Semua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, di sini, untuk rawatan.


Kemalangan melibatkan treler, lori dan bas






via : sukanstartv

0 Response to "Kemalangan melibatkan treler, lori dan bas"

Post a Comment