Sepasang
suami isteri dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus deras selepas bot dinaiki
mereka
terbalik
dalam kejadian di Kampung Geliga Che Akob tengahari tadi.
Kejadian
tersebut berlaku di Kampung Dato Hj Ibrahim dimana semasa kejadian bot tersebut
telah membawa 7 orang termasuk dua orang pegawai penyelamat dan 5 orang mangsa
banjir.
Apabila sampai di satu kawasan air berpusar bot tersebut telah hilang kawalan dan terbalik menyebabkan dua orang mangsa banjir iaitu seorang lelaki dan seorang wanita telah hilang dihanyutkan arus deras dengan berjaket keselamatan.
Kedua-dua mereka dilaporkan memakai jaket keseamatan dan opersi mencari telah dijalankan oleh Bomba Penyelamat Chukai.
Pegawai Pgo bertugas, PpGB Mohd Hasbullah Bin Halipah telah mengesahkan kejadian ini dan opersi mencari telah dijalankan oleh Bomba Penyelamat Chukai.
Berhati hati
lah di musim banjir ini. Semoga semuanya selamat.
0 Response to "Suami Isteri Dikhuatiri Lemas"
Post a Comment