Kes Altantuya: Sirul ditahan di Australia


Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirulk Azhar Omar dilaporkan ditahan oleh pihak Imigresen Australia di Queensland berhubung sabitan kesalahan atas tuduhan membunuh Altantuya Shariibuu, lapor ABC News.
Sirul yang dijatuhi hukuman mati ditahan di Brisbane setelah pihak berkuasa antarabangsa Interpol mengeluarkan surat merah terhadapnya semalam.


Dia dipercayai masih dalam tahanan di Brisbane di bawah seliaan pihak imigresen, namun masih belum jelas sama ada dia akan diekstradisi ke Malaysia atau sebaliknya.


Sirul Azhar, yang merupakan tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, tidak hadir ke mahkamah kerana berada di luar negara dan susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.


Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota UTK itu selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lepas.


Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua mereka.


Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.
Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.bm.therakyatpost.com


Kemudian Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar ditahan pegawai Imigresen di Queensland, Australia semalam.


Dia kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen negara itu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Australia, Sirul Azhar ditahan atas kesalahan Akta Imigresen negara itu.


Susulan penangkapan itu, katanya polis akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan ekstradisi terhadap Sirul Azhar ke Malaysia bagi menjalani hukuman atas kesalahan membunuh model sambilan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu sembilan tahun lepas.



“Kita akan bincang dengan Jabatan Peguam Negara dahulu,” katanya.


Sirul dan Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh Altantuya pada 2006 dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.
Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan.


Pada 13 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul dan Azilah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.Bagaimanapun, Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana dipercayai berada di Australia,Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.bm.therakyatpost.com



Sumber

0 Response to "Kes Altantuya: Sirul ditahan di Australia"

Post a Comment