Tips Romantik Untuk Mengikat Pasangan

Bukan sukar untuk bersikap romantik dengan pasangan, cuma ramai yang memberi alasan malu dan tidak cukup masa. Sebenarnya ada beberapa tips yang boleh diamalkan oleh pasangan yang halal untuk mengikat pasangan.



Tips Romantik Untuk Mengikat Pasangan


1) Kucup Atau Cium Pasangan – Sebagai permulaan, boleh amalkan mengucup tangan suami dan suami pula mencium dahi isteri setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Jika terpaksa berpisah untuk tempoh yang lebih lama, contohnya perlu berkerja outstation untuk lebih sehari, jangan segan untuk memeluk dan mencium bibir pasangan. Jika kerap diamalkan, hubungan suami isteri akan bertambah erat.


2) Elak Bertengkar Lama – Sekiranya berlaku perselisihan faham, elakkan rasa tidak puas hati atau marah itu berpanjangan. Sebolehnya jangan bawa pertengkaran sehingga ke kamar tidur kerana di situ adalah ruang untuk anda dan pasangan bermesra dan bukannya bermasam muka.


3) Tidur Bersama – Jangan jadikan anak penghalang untuk anda tidur bersama pasangan. Waktu tidur adalah waktu untuk anda bermesra dan menyemarakkan rasa cinta bersama pasangan. Sebaiknya tidur dalam pelukan pasangan.


4) Kongsi Bekas Makan Dan Minum – Jangan segan atau geli untuk berkongsi bekas makan dan minum dengan pasangan anda. Malah menyuap pasangan ketika makan juga amat digalakkan untuk menyemarakkan lagi rasa cinta.


5) Lafaz Ungkapan Cinta – Hubungi pasangan sekali dua dalam sehari biarpun anda sibuk di tempat kerja. Perbualan ringkas sekadar untuk mengungkapkan kata cinta sudah cukup untuk membuatkan masing-masing tersenyum bahagia. Sebelum melelapkan mata juga, jangan lupa ungkapkan kata-kata cinta pada pasangan.


6) Buat Kejutan – Sesekali buat kejutan yang istimewa untuk pasangan anda. Contohnya membeli hadiah ataupun sekadar sekeping kad ucapan untuk mengingati hari-hari istimewa anda berdua.


7) Solat Berjemaah – Ini yang perlu diutamakan, bila berada di rumah, amalkan solat berjemaah. Ucapan doa yang dilafazkan serta huluran tangan ketika bersalaman dapat menyemarakkan keharmonian rumahtangga.


Ini antara 7 Tips Romantik Untuk Mengikat Pasangan yang boleh anda amalkan setiap hari untuk memastikan hubungan bersama pasangan anda sentiasa disirami dengan rasa cinta yang mendalam.


Selamat Bercinta.



Sumber

0 Response to "Tips Romantik Untuk Mengikat Pasangan"

Post a Comment