
Diceritakan
oleh Nazman Che Iberahim
Jika
boleh saya nobatkan, anak muda inilah anggota Jabatan Amal Kuala Krai yang
paling istiqamah dan ikhlas dalam bertugas sepanjang bencana banjir ini
melanda.
Bermula
daripada 21hb Disember lagi, hari pertama banjir melanda, anak muda ini membantu
mengeluarkan mangsa banjir yang terperangkap di Taman Orked, puluhan keluarga
dibawa naik sampan dan dia menjadi kemudi dengan mengharung di air yang dalam,
menarik sampan ini dengan berenang di hadapan sampan. Dari subuh hingga lepas azan maghrib,
bertugas memindahkan rakyat yang terperangkap.
Rehat sejam hingga isya, kemudian rumahnya
sendiri ditenggelami air malam tersebut, bergelut lah pula dengan air yang naik
mendadak menyelamatkan nyawa keluarga orang tuanya.

Selang 3 hari kami membuka
Bilik Operasi Bencana Banjir hingga lah ke saat ini, jam ini. Beliau bertugas
25jam sehari dan 8hari seminggu. Hingga ke hari ini sudah 8 hari bilik operasi
ini dibuka, beliau bertugas tanpa rehat dan cuti sepanjang tempoh itu.
Namun, isya tadi, anak muda ini
rebah kelesuan, keletihan dan demam panas. Sekarang di wad kecemasan Hospital
Kuala Krai.
Terima kasih sahabat atas budi
dan jasamu membantu rakyat selama bencana ini.
Allah swt shj yang mampu
membalasnya.
Terima kasih Rhakim
Rakmi
Sumber
0 Response to "Kisah Pemuda Sukarelawan Banjir Yang Hebat Dan Berhati kental"
Post a Comment